Tuesday, November 18, 2014

Mari menyemai benih pokok

Tak perlu tanah kebun berekar-ekar untuk tanam pokok sayur dan herba. Tanam dalam pasu belakang rumah pun kalau dijaga lumayan hasilnya. Minat 'gardening' mungkin datangnya dari mama yg sangat suka bercucuk tanam. Tak kira la tanam pokok bunga, buah-buahan atau sayur. Mama memang mempunyai 'green hand'. Apa saja ditanamnya pasti hidup sihat dan berbuah lebat. Pokok yg dah kering kontang nak mati pun bila dirawat mama pasti hidup segar kembali. Bila mama dtg bermalam dirumah, pasti eileen minta mama 'pujuk dan belai' pokok yang ada. 

Kali ini eileen nak kongsikan proses membersihkan biji benih. Terus terang ini adalah cubaan pertama eileen sendiri. Bila makan buah simpan bijinya jangan dibuang. Gambar dibawah ialah biji buah epal merah. 


Perhatikan biji yg diatas sekali rupa biji epal yg selalunya kita buang begitu sahaja. Kopek dengan penuh berhati2 kulitnya. Kulit ini mengganggu proses penyemaian benih nanti. Hasilnya seperti biji yg dibawah sekali. Biar biji ini kering 3 hari, kemudian boleh disimpan dalam sampul aluminium atau terus disemai.



Untuk menyemai biji benih, eileen guna papan telur (30 biji) sahaja. Ianya murah dan amat sesuai utk proses ini. Andai kata hendak guna papan telur plastik (10 biji), pastikan tebuk lubang didasarnya untuk pengairan. Letakkan tanah campur gembur kedalam setiap lubang papan telur. Letakkan biji benih atas tanah. (Bergantung kpd benih, sesetengah benih cukup satu benih untuk setiap lubang. Ada yang memerlukan 2-3 benih dalam satu lubang.) 

Eileen ada terbaca jika hendak menanam pokok epal, ia memerlukan benih dari dua (2) jenis epal yang berbeza. Jadi di sini eileen menyemai 2 biji benih epal yg berbeza ke dalam setiap lubang.

Taburkan tanah lagi keatas benih.. Jgn terlalu banyak, cukup sekadar menutupi benih itu. Gunakan penyembur air untuk menyiram benih ini setiap hari. Jgn sampai basah banjir. Hanya sekadar tanah lembap saja. Letakkan papan telur di bawah teduhan yang tidak terdedah terus pada sinar matahari seharian.. 



Dalam beberapa hari In Sha Allah akan berputik.. Jaga sampai lebih kurang 25 hari barulah boleh dipindahkan ke dalam pasu atau ke atas tanah. 

Selamat menyemai!!!

1 comment:

  1. Eileen tq share tips. Sue nak semai benih cili kat rumah. Tak reti nak buat :)

    ReplyDelete